Kebaikan Baja Mefer

Kebaikan Baja Mefer Untuk Sawit

kebaikan baja mefer untuk tanaman sawit

Pemilihan baja yang tepat sangat penting untuk meningkatkan hasil sawit dan membantu pokok-pokok sawit sentiasa subur. Salah satu pilihan terbaik adalah menggunakan baja mefer. Berikut adalah 8 kebaikan baja mefer untuk tanaman sawit anda.

8 Kebaikan Baja Mefer

1- Cepat Serap

Kaedah semburan pada daun, pelepah, batang pokok dan akar membantu bahan aktif yang terdapat dalam baja mefer diserap dengan. 

Unsur surih seperti zink, ferum, boron dan molybdenum selalunya diberikan kepada tanaman dengan cara semburan pada daun.

2- Sesuai Untuk Semua Jenis Tanah

Salah satu sebab kenapa baja mefer menjadi pilihan ramai kerana sesuai digunakan untuk semua jenis tanah. Kaedah semburan ini mempercepatkan lagi proses fotosintesis dan pembuatan makanan dari daunnya.

Tidak seperti baja tabur yang perlu diambil berat tentang struktur tanah di ladang sawit.

Salah memilih baja juga boleh menyebabkan kerosakan pada kesuburan pokok seperti pelepah keras kekuningan dan pengeluaran buah yang terbantut.

3- Tidak Perlu Tambah Baja Lain

Salah satu kebaikan baja mefer adalah anda tidak perlu lagi tambah dan campur dengan baja lain.

Kandungan bahan aktif dalam baja mefer cukup lengkap dan mempunyai kriteria baja kimia, baja organik dan pelbagai unsur surih.

 

kebaikan baja mefer baja sawit terbaik

4- Meningkatkan Kualiti Buah Sawit

Buah sawit yang berkualiti tinggi akan meningkatkan nilai jualan dan menambahkan pendapatan anda. 

Banyak komen-komen positif dari kalangan pengguna baja mefer, mengatakan tandan makin besar dan berat selepas menggunakan semburan baja mefer.

Kandungan kalium(k) yang tinggi dalam baja mefer merupakan elemen paling penting supaya pokok sawit sentiasa mengeluarkan bilangan buah yang banyak dan saiz tandan yang besar secara berterusan.

5- Ketahanan Pokok Dari Serangan Kulat

Antara perkara yang paling merisaukan pekebun sawit adalah serangan kulat terhadap pokok sawit. Kerana boleh menyebabkan pokok sawit tumbang dan menyebabkan banyak kerugian.

Salah satu kebaikan baja mefer untuk tanaman sawit anda adalah meningkatkan ketahanan pokok dari serangan kulat.

Baja mefer mempunyai bahan aktif seperti boron dan kalium yang dapat membantu kekebalan pokok sawit serta mempunyai unsur-unsur baja organik yang menarik kehadiran mikro-organisma yang efektif.

6- Menyuburkan Tanah

Kaedah semburan dari baja mefer tidak menyebabkan tanah berasid dan mampu mengekalkan perkembangan yang baik pada pokok sawit.

Kehadiran cacing tanah juga membantu ekosistem pada tanaman sawit sekaligus mempercepatkan hasil positif dari pokok sawit.

7- Mengekalkan Tahap pH Berpanjangan

Salah satu kebaikan baja mefer dapat mengekalkan tahap pH tanah pada skala 7 atau hampir dengan 7.

Baja mefer mempunyai unsur Magnesium dan Kalium bertindak untuk membaiki struktur tanah yang berasid.

Struktur tanah yang jauh dari skala neutral boleh menyebabkan kerosakan pada akar terutama akar muda.

8- Sesuai Untuk Semua Peringkat Umur Sawit

Baja mefer mempunyai nilai NPK 15:15:35 +TE sesuai untuk semua peringkat umur sawit.

Kaedah semburan dapat diadaptasi dengan baik untuk pokok sawit. Tidak banyak baja di pasaran boleh digunakan untuk semua peringkat umur sawit.

Sangat merumitkan sekiranya baja yang ada tidak sesuai dengan keadaan tanah dan usia pokok.

Untuk pokok masih muda anda boleh kurangkan kepekatan pada bancuhan baja mefer dan hanya tambah kepekatan sekiranya pokok sudah tinggi dan usianya sudah tua.

Selain membantu pengeluaran hasil tuai yang banyak, penggunaan baja mefer juga dapat mengurangkan kos pembajaan 3 kali ganda dari biasa.

Kesimpulan

Berdasarkan penjelasan di atas, dapat disimpulkan bahawa penggunaan baja mefer untuk tanaman sawit anda memiliki banyak kebaikan. Selain membantu pertumbuhan akar, pengeluaran buah yang banyak dan berkualiti, baja mefer juga membantu ketahanan pokok sawit dari serangan kulat dan pelbagai penyakit.

Pentingnya Menggunakan Mefer Dengan Betul

Untuk mendapatkan manfaat yang maksimal dari baja mefer, pentingnya anda merujuk kembali cara penggunaan baja mefer yang ada di sini

Jangan ragu untuk mencuba dan merasakan kebaikan baja mefer untuk tanaman sawit anda!

 Tekan sini untuk tempah baja mefer anda